Penyebab Bau Badan

Siapa badan berbau busuk?

Ada ke yang mahu mengaku? Sedar atau tidak ia sememangnya adalah sesuatu kejadia atau situasi yang memalukan. Dan kerana itu, ramai di kalangan kita yang menyedari badan berbau akan merasa rendah diri, tiada keyakinan diri serta malu bergaul dengan masyarakat.

Bau ini adalah disebabkan bakteria yang menguraikan peluh menjadi asid lemak, lalu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Peluh adalah kaedah badan mengurangkan suhu. Apabila peluh kering, ia turut membawa pergi haba daripada tubuh, dan ini membantu menyejukkan tubuh anda.

Penyebab Bau Badan 

Pencernaan
Proses pencernaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan bahan buangan terkumpul dan seterusnya menyebabkan bau badan. Selalunya segala makanan yang diambil akan bertukar menjadi sisa buangan atau toksin. Tetapi oleh kerana system pembuangan tidak betul, toksin yang sepatutnya keluar bertukar untuk terus kekal di dalam badan.

Pemakanan
Individu yang dikenalpasti banyak makan daging, telur, ikan dan kacang/kekacang menyumbang untuk mendapat bau badan yang busuk. Ini kerana makanan ini mengandungi banyak Choline (tidak mudah melalui proses metabolism). Tahukah anda kopi dan minuman berkafein dan makanan berempah juga menyumbang bau badan? Makanan berempah mempunyai bawang putih memberi bau pada badan terutama di pelipatan seperti ketiak.

Penyakit
Dinasihatkan juga pada anda yang merasakan badan anda berbau, walaupun dah pelbagai wangian anda cuba. Mandi pula selang sejam, tetapi masih berbau. Sila mendapat rawatan nasihat doctor. Bimbang kerana bau badan juga boleh datang dari penyakit. Seperti masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), kencing manis, dan toroid. Jangan ambil mudah ya?

Jom sihat, bersih dan cantik dengan CelebrityLass

Comments

Popular posts from this blog

Badan Berbau Tapi Kulit Sensitif dengan DEO*

BILA PERIOD, BADAN BERBAU!