Siapa badan berbau busuk? Ada ke yang mahu mengaku? Sedar atau tidak ia sememangnya adalah sesuatu kejadia atau situasi yang memalukan. Dan kerana itu, ramai di kalangan kita yang menyedari badan berbau akan merasa rendah diri, tiada keyakinan diri serta malu bergaul dengan masyarakat. Bau ini adalah disebabkan bakteria yang menguraikan peluh menjadi asid lemak, lalu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Peluh adalah kaedah badan mengurangkan suhu. Apabila peluh kering, ia turut membawa pergi haba daripada tubuh, dan ini membantu menyejukkan tubuh anda. Penyebab Bau Badan Pencernaan Proses pencernaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan bahan buangan terkumpul dan seterusnya menyebabkan bau badan. Selalunya segala makanan yang diambil akan bertukar menjadi sisa buangan atau toksin. Tetapi oleh kerana system pembuangan tidak betul, toksin yang sepatutnya keluar bertukar untuk terus kekal di dalam badan. Pemakanan Individu yang dikenalpasti banyak makan...